Thursday, September 23, 2010

Triffles Raya!!


..raya ni aku buat 4 bekas trifles.. sedap sgt la konon... resepi sudah pasti aku amik dr internet la, forum wanitamelayu.com.. nak cara nk buat??? ikut ni... sedap!!!!

PUDING TRIFFLES
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (saya pakai yg stripe tu...)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula melaka (guna gula biasa jer..)
1 tin susu cair
1 tin air

Cara2:



Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas. kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni. susun sehingga penuh.

ambil sedikit air jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi

Campurkan tepung kastard (bancuh dulu), gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.

Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata

Taburkan buah cocktail keatas kastard

tabur byk2..hehe..

Bancuh agar-agar segera (kaler ikut suka)

Tapis agar2 & tuangkan keatas buah cocktail tadi

Dapat la lapisan mcm ni yg cantek... then masukkan ke dalam peti sejuk

Agak2 agar2 dh keras & sejuk..bolehla dihidang & dimakan...

sangat2 sedap!!!
Selamat Mencuba!!!


1 comment:

ada nk kata apa2..sila lah....