Tuesday, November 16, 2010

Selamat Berpuasa!!!

Puasa pekebende??? Ngape posa?? hari ni 16 November 2010 (9 Dzulhijjah) adalah sunat berpuasa, ada yg panggil puasa 'Arafah.

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?Hari ‘Arafah ialah hari ke 9 Dzulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).kenapa saya mengajak kawan² untuk berpuasa ?? sbb.. kelebihannya sangat besar. Ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada


Abu Qatadah al-Anshari ra:
"Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim) "





sumber dr google..

1 comment:

ada nk kata apa2..sila lah....