Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Khamis 30 Zulhijjah 1430H)


Di baca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan akan berkata : “kesusahan bagiku dan sia- sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.Dengan sebab membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun” Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang,segala puji itu bagi Allah,tuhan pentadbir seluruh alam.Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.Ya Allah wahai tuhan kami,perkara – perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan – perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini,maka kami belum bertaubatdaripadanya,padahal engkau tiada meredoi dan engkau memang tiada melupakannya ( tuhan tidak bersifat lupa ) dan engkau berlembut tiada mengazabkan kami,malah member peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburi peluang supaya kami bertaubatselepas kami menceburkan diri dalam melakukan maksiat itu.Maka kami sekalian mohon kemapunan Mu.Ya Allah ampunilah kami dan mana – mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini,yang engkau redai dan yang telah engkau janjikan ganjaran pahalanya.Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan ( amal baik ) yang telah kami lakukan itu dan engkau tidak menghampakan harapan kami.Ya Allah uhan yang maha pemurah.

Doa Awal Tahun(Doa akhir tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada Khamis 1 Muharram 1430H)

DOA AWAL TAHUN ( Khamis 17/12/2009 ) Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 muharam.sesiapa yang membaca doa ini,syaitan berkata : Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan” Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang,segala puji itu bagi Allah,tuhan pentadbir seluruh alam.Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.Ya Allah, Engkaulah tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada,tiada permulaan,kelebihanMu maha besar dan kemurahanMu sangat – sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru,kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian didalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan – syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu – kuncu syaitan dan bala tenteranya.Dan kami mohon kepadaMu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah ( nafsu yang mendorong kepada kejahatan ).Kami mohon juga kepadaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja – kerja kebaikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.Ya Allah tuhan yang maha agung lagi maha Mulia.Ya Allah tuhan yang sebaik – baik yang mengurniakan rahmat.



INSYAALLAH KITA SEBAR-SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA & RAKAN TAULAN ..SEMOGA KITA DIBERKATI SEGALA AMALAN YANG KITA LAKUKAN....

No comments:

Post a Comment

ada nk kata apa2..sila lah....