Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada malam ini (sebaik saja masuk maghrib) 26hb July 2010(selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban 1431H)Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yangbaru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'abanbermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)
i)Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umuruntuk beribadat kepada Allah
ii)Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadatkepada Allah
iii)Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca Surah Al-Ikhlas 1000x
4.Berpuasa pada siangnya (Jumaat)Abul Khair Al Talaqaani R.A mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak22x
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW): pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allahturun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yangmeminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yangmeminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yangbertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orangmukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'abankerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranyakita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
*sumber : www.carigold.com/forum
No comments:
Post a Comment
ada nk kata apa2..sila lah....