Friday, November 19, 2010

Haji 2010

Subhanallah!!! Tak terkata apa...juz nak share gambar2 ni..Ada byk lg gambar2 haji.....

.

thanx to www.boston.com















Thursday, November 18, 2010

Baked Mac & Cheese

Baked Mac & Cheese

Bahan;

250g macaroni
Butter/marjerin
2bj Bawang besar
2bj Bawang putih
Daging/Ayam cincang
2sudu Rempah kari/kurma
Serbuk cili (optional)
Tomato/capsicum/carrot/nenas(potong dadu)
4bj Telur (lg byak lg sedap)
1sudu Tepung gandum
500ml Susu dutch lady
Oregano/Parsley/bay leaf
Lada hitam/putih/sulah
Parmesan cheese
Mozarela cheese
Ceddar cheese

antara cis yg aku guna; mozarella & cream cis

.
Cara2
1st step:
250g macaroni
rebus sampai masak (garam skit)
dh masak tos & gaul dgn butter (ada yg boh minyk zaitun)
letak tepi dulu

.

2nd step buat Inti plak:
panaskan buttertumis bawang besar & bawang putihmasuk daging/ayam cincangmasuk rempah, nak pedas boh serbuk cili
masuk tomato dadu (capsicum pun ok)
dah masak sejukkan dulu
dh sejuk pecah kan telur 1biji & gaul


letak tepi jugak

.
3rd step buat sos putih:
panaskan butter (dlm 1/3 ketul buttercup kecik tu)
masuk tepung gandum 1 sudu & kacau guna whisker jgn bg ketul
tuang susu dutch lady 500ml kacau
then tabor oregano, garam, lada hitam ke, lada putih ke, yg letak bay leaf pun ada..
kacau & didih sikit..api jgn besar sgt..
tutup api & bg sejuk skit
then baru masuk kan parmesan cheese(parut atau pecah2kan) & telur 2-3biji kacau2
nk tabor mozarela pun boleh

.

siap 3 benda, nx bake:

guna loyang/bowl sapu marjerin dulu


letak macaroni tadi selapis


then lapiskan dgn inti plak


tabor cheese (apa cis pun ok)

dan ulang
lapis macaroni balik
inti plak
pastu macaroni balik


then curah sos putih tadi
tabor cis apa2 pun

.


baker dlm oven 180'c 30minit atau dh kuning cantik..
atau bila lg 5minit nk masak letak cis cheddar yg slice2 (kraft) kt atas skali
masuk oven balik bagi cis tu cair2..

.

siap!!

Menu Raya Haji

Sesaja nk habaq kami masak apa utk semalam... utk makan keluarga jer.. bukan ada sapa nk mai rumah pon.. so simple2 jer..

nasi impit kuah lontong



lemang beli dgn rendang ayam, sblhnyer kuah kacang

koi raya..kepek pisang, bahulu, konflek madu, popia mini

baked mac & cheese!!!

Salam Aidiladha!!!

Tahun ni beraya kt Taiping lagi.. tak balik kampung.. mak aku pon aku ajak balik dia sendiri takmau.. dia kata tadak apa kt kampung..tadak sapa nak mai umah..tak meriah katanya. Lagi pon kami sendiri ada buat korban gak. Kali ni utk Ayzal, Aysha & Ayzaf. Utk Ayza dh buat last year.
.
Tahun ni gak di surau Perumahan Awam Jalan Stesen Kamunting ni, ada 9 ekor lembu yg dikorbankan. Pastu area rumah aku pon ada 3 ekor lembu lagi... Meriah sikit tahun ni walau pon lecah pasai ujan yg sgt2 lebat mlm semlmnya..abih lekang kasut aku..last2 balik umah pakai selipar jepun je!!
.
aku ada gak amik video masa korban ni..asben aku suruh... dia mmg aktif dgn xtvt kt surau nih.. tp kt sini aku tepek sebahagian gambaq2 yg dan aku snap..
.

kami group no.2 (4/5/6)






asben aku(baju putih) tgh settle kan part perut lembu...




asben tgh katam tulang rusuk...

ni panggu kami...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Berpuasa!!!

Puasa pekebende??? Ngape posa?? hari ni 16 November 2010 (9 Dzulhijjah) adalah sunat berpuasa, ada yg panggil puasa 'Arafah.

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?Hari ‘Arafah ialah hari ke 9 Dzulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).kenapa saya mengajak kawan² untuk berpuasa ?? sbb.. kelebihannya sangat besar. Ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada


Abu Qatadah al-Anshari ra:
"Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim) "





sumber dr google..

Monday, November 15, 2010

~1st GA Bahagia Ku Di Sini a.k.a Fieza79~



pakat2 ler join 1st GA dr Fieza nih.. ekceli ni 1st time utk aku join GA dr kawan2 gak!!! so take note ye Fieza...hehehe...


blogger lain blh join ye.. aku nk tag semua kalau leh.. tp aku list kan sket...


http://aleeya01.blogspot.com/


http://mamalieyna.blogspot.com/


http://iezmierah.blogspot.com/


http://iezmierah.blogspot.com/

dan yg len2...


Tuesday, November 9, 2010

Soklan maut utk BEN ASHAARI!!!???


hehehe... senyum aku tak ilang lg nih... jantung aku pon masih debak-debuk semacam... rasa mcm satu penghormatan bila mamat ni buat n3 berdasarkan kemusykilan aku ni.. kalo korang kata aku pasan lebeh pon x pa pasai mmg pon aku perasan..
.
tp jgn kata PUBLISITI MURAHAN ek.. x mau..x mau...
.
sapa mamat nih??? terjah2 ler sendiri...

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?



Terima kasih pd member2 blogger yg sudi jengok blog aku ni... sila la follow ye.. tadak paksaan.. you follow i ... i follow you... Insyaallah...
mcm desperate sgt ke aku ni?? tak rugi cuba kan... lg ramai kawan lg bagus...
suka-suka tp bukan nya saja-saja!!

Lempeng Pisang

Pagi ni aku singgah labor room, bukan pasai aku nk beranak tp aku singgah beli bekfes kt situ.. kt kedai tu koi2 mmg sedap2 & besar2... so aku beli setiap satu nasi lemak, kuih kaswi, kuih keria & lempeng pisang... 4 item ni baru RM1.90...murah kan?? Pasal lempeng pisang ni dulu mak aku slalu gak buat.. aku suruh mak buat kasi gareng sket...sekali sekala pekena selera kampung, nk try buat sendiri??

Lempeng Pisang
Bahan-bahan:
2 sisir pisang berangan masak (lecek)
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ biji kelapa parut (ambil yg putih sahaja)
½ sudu teh garam
Daun pisang secukupnya

Cara :
1. Masukkan tepung dan gula ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
2. Kaut 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal.
3. Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
4. Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masak.
*resepi cilok dr http://1resepikuih.blogspot.com tq!!

Monday, November 8, 2010

Karnival Riang Ria Kamunting

Di Kamunting ada Karnival Riang Ria (??) bertempat di belakang Stesen Bas Kamunting.. karnival jualan ni depa buat start 1 sampai 30 November 2010.. sebulan tu.. ekceli apa yg depa juai ni mmg dh ada berlambak kedai juai kt kamunting ni... nk kata murah tu dak la.. sama jer.. tp biasa la... mesti nk ronda2 cuci mata gak.. layanz....



kebaya sulam!!

kete menan kontrol..abang tengok je ye...

telekung sulam..


tudung


aksesori silver

buku2 agama

tudung lg..

kasut

kain tola


puding, jelly, kacang, jeruk..


henbeg..

brg plastik..

baju2 GAP & etc..

Nautica...


Nautica..

Sonoma..

Banana Republic!!

Comforter & tikaq buluh..