Pagi ni aku singgah labor room, bukan pasai aku nk beranak tp aku singgah beli bekfes kt situ.. kt kedai tu koi2 mmg sedap2 & besar2... so aku beli setiap satu nasi lemak, kuih kaswi, kuih keria & lempeng pisang... 4 item ni baru RM1.90...murah kan?? Pasal lempeng pisang ni dulu mak aku slalu gak buat.. aku suruh mak buat kasi gareng sket...sekali sekala pekena selera kampung, nk try buat sendiri??
Lempeng Pisang
Bahan-bahan:
2 sisir pisang berangan masak (lecek)
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ biji kelapa parut (ambil yg putih sahaja)
½ sudu teh garam
Daun pisang secukupnya
Cara :
1. Masukkan tepung dan gula ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
2. Kaut 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal.
3. Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
4. Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masak.
sedap la Azfa..terus lapaq la...
ReplyDeletealamak...lapar -___-
ReplyDeletekriuk~3 perutku bunyi~
Azfa: Lempeng pisang mkn dgn sambal ikan bilis.....lg sedap!..
ReplyDeletep/s: slm ziarah
sedapnya tengok lempeng tu....
ReplyDelete